Kelas-Kelas:

Kelas Baca - BM, BI, JAWI, ARAB Tuisyen Agama - JAWI, ARAB, KAFA, IQRA' Tuisyen Tahun 1-6 Tingkatan 1-3 BM BI MT SN

Thursday, November 24, 2011

JOM BACA! LET'S READ!


10 PERKARA ANDA PATUT TAHU TENTANG KELAS MEMBACA PUSAT TUISYEN BENDAHARA.

1) Apa kelas-kelas yang ditawarkan?

CEPAT BACA Bahasa Melayu dan READ EASY English.

2) Dari umur berapa?

Khas untuk pelajar seawal 4 tahun. Kelas kami paling popular di kalangan pelajar tadika/prasekolah (6tahun). Juga untuk pelajar sekolah rendah yang kurang lancar membaca, kelas pemulihan atau yang mempunya masalah pembelajaran. Kami pernah menerima beberapa pelajar Down Syndrome dan Alhamdulillah, seorang dari mereka telah berjaya tamat kelas CEPAT BACA BM dan READ EASY English.

3) Bagaimana dengan buku-buku?

Buku-buku diberikan PERCUMA! Buku-buku terdiri daripada BUKU FOKUS 1-3 (untuk pelajar yang belum mengenal huruf), CEPAT BACA 1-6 (termasuk kuiz&latihan menulis) dan READ EASY 1-8 (termasuk kuiz&latihan menulis). Buku-buku baca kami istimewa, telah diolah semula, diubahsuai dan dikemaskini.

Ciri-ciri menarik buku ini ialah menggunakan sistem fonetik dengan sukukata mudah, mengandungi cerita-cerita menarik berulang dan berima.

Setiap buku akan ditulis tarikh mula baca dan tarikh tamat baca supaya ibu-bapa tahu jangkamasa pelajar menghabiskan satu buku.

4) Satu kelas ada berapa pelajar?

Lebih seratus pelajar yang menyertai kelas CEPAT BACA BM dan READ EASY English di PUSAT TUISYEN BENDAHARA. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada kelas-kelas kecil dan diselia oleh 2-3 orang guru pada satu masa.

5) Bagaimana cara belajar?

Setiap pelajar akan dipanggil dan diajar oleh guru seorang demi seorang dan bergilir-gilir. Semasa menunggu giliran, mereka mesti berlatih membaca, menghafal sebutan atau membuat latihan. Guru-guru akan sentiasa memastikan kelas terkawal. Disiplin adalah perkara terpenting bagi kami di PUSAT TUISYEN BENDAHARA.

6) Apabila sudah tamat Kelas Membaca, apa seterusnya?

Pelajar akan terus diserapkan ke kelas biasa PAKEJ BM BI MT SC.

7) Bila boleh datang mendaftar?

Kelas CEPAT BACA BM dan READ EASY English di PUSAT TUISYEN BENDAHARA a8dalah sepanjang tahun. Jadi, bolehlah datang mendaftar pada bila-bila masa. Kami nasihatkan supaya datang mendaftar dengan segera kerana TEMPAT ADALAH TERHAD.

8) Bila kelas?

JUMAAT 8.30-10PAGI ATAU 10.30PAGI-12TGH ATAU 4.30-6PETANG

SABTU 8.30-10PAGI ATAU 10.30PAGI-12TGH ATAU 4.30-6PETANG

AHAD 8.30-10MALAM

ISNIN 8.30-10MALAM

Pilih mana-mana kelas di atas.

9) Berapa yuran?

Dari RM50 sebulan. Lawati pusat tuisyen kami untuk senarai jadual dan yuran yang lengkap. Atau boleh sahaja hubungi kami, kami akan sedia membantu anda.

10) Berapa lama pelajar akan tamat keseluruhan Kelas CEPAT BACA BM dan READ EASY English dan lancar membaca?

Bergantung kepada keupayaan dan kerajinan pelajar. Paling cepat, dalam masa 3 bulan, insyaAllah. Yang penting, pelajar mesti rajin datang kelas dan mengulangkaji di rumah.

Kisah Meja Putih ;)


Kalau ada yang tanya apa beza pelajar-pelajar Pusat Tuisyen Bendahara? Cikgu Annalia mesti jawab, “Haaa... tengok meja-meja ni…”

1) Meja in dibeli hampir setahun yang lalu. Diguna oleh pelajar-pelajar Kelas Baca, Darjah 1 sampai 6 hinggalah ke Tingkatan 1, 2 dan 3. Tapi meja ini putih bersih (yalah, adalah sedikit nampak wear and tear) tapi memang bebas contengan sama sekali. Cikgu Annalia berasa bangga. Pelajar-pelajar memang berdisiplin dan pandai menjaga kebersihan kelas. Kalau ada yang mula menconteng, akan ada yang mengadu kepada cikgu. Alamat kaki conteng kena dendalah nanti ;)

2) Ibu bapa sering complaint anak-anak degil, tak mahu buat kerja sekolah, malas, asyik tengok tv saja, selalu tak tumpukan perhatian, tak dengar cakap dan banyak lagi. InsyaAllah… Pusat Tuisyen Bendahara ada kaedah istimewa untuk memastikan pelajar-pelajar ikut cakap guru. Arahan yang diberi adalah mudah dan tegas (no nagging). That's all, mudah saja. Jangan means jangan. Buat means kena buat. Dicsipline is the key. Alhamdulillah, kaedah ni memang berjaya. Ada ibu-bapa yang mengalirkan air mata melihat perubahan sikap anak-anak, apatah lagi prestasi pelajaran yang semakin meningkat. Dari kelas pemulihan, masuk kelas biasa. Dari kelas nombor tiga masuk kelas nombor satu. Dari tak boleh membaca, boleh jawab soalan berjela-jela. Sekali lagi Cikgu Annalia berbangga.

3) Kalau cikgu masuk kelas, alatulis, buku-buku dan kerja rumah tersedia atas meja. Semua diam, menunggu cikgu memulakan pengajaran. Telefon bimbit di’silent’kan ataupun tak bawa langsung. Sebab kalau berdering dalam kelas, nahas…

4) “Okey, cikgu nak semua orang jawab soalan/baca karangan/buat presentation di depan…” Alhamdulillah, pelajar-pelajar pakat-pakat bersedia. Tak ada seorang pun yang ‘lembut-lutut’! Betul atau salah, tak kira. Yang penting ialah mencuba.

5) Kuiz? Yeayyyy!!! Pelajar-pelajar cikgu memang competitive. Pantang ada lawan jawab soalan, berebut-rebut nak jawab sampai riuh-rendah kelas. Mestilah nak jadi kumpulan yang menang sebab cikgu kata siapa menang boleh balik awal hehehe ;)

That’s how special you guys are. Memang ada yang pelajar yang sengaja buat Cikgu Annalia geram tapi lama-kelamaan jadi pelajar yang Cikgu Annalia sayang. Sebab itu kalau Cikgu Annalia letih&penat mengajar, Cikgu Annalia tengok meja putih bersih ni. Hilang penat, tersenyum sendiri...

Cikgu Annalia,

PUSAT TUISYEN BENDAHARA

ALOR SETAR.